Sejarah muzik
Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang.. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.
Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah & TV manusia di zaman moden. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba
https://youtu.be/6EXgotWZkxg
https://youtu.be/6EXgotWZkxg
Info yang baik :) thx for this info
BalasPadamtq
PadamBanyak maklumat yg saya dapat dari blog ini. Terima kasih
BalasPadamtq
Padamtq
BalasPadamTerbaik 👍
BalasPadamtq
PadamYawww the besstt
BalasPadamtq
Padammuzikkkkkk... that's why im falling in love with music
BalasPadamtq
PadamYuii..Sejarah dri zman Batu lagi bah hhahhaha..
BalasPadamtq
Padam